Pages

Showing posts with label MOTIVASI BISNES. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI BISNES. Show all posts

13 October, 2016

CARA MEMBINA TRUST DALAM BISNES ONLINE

Teks: Azida Abdul Aziz

Anda seorang yang sedang menjalankan perniagan secara online?  sedang bercita-cita atau berNIAT berniaga online. Banyak medium online yang boleh digunakan seperti FACEBOOK (FB) atau INSTAGRAM (IG), WeChat dan sebagainya.

Banyak medium yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Salah satu medium penting masa kini adalah melalui Facebook. Tipu jika tidak ada iklan yang 'hadir' di wall peribadi sahabat-sahabat kesayangan Eida. Banyak iklan yang 'menjual' daripada sahabat kita di FB. Namun, walau banyak kali kita promo pun tapi tetap tak ada sapa yang ingin membeli daripada kita..huhuhuuhu..sedih kan?

Semua yang berniaga online pasti akan mengalami situasi ini,bukan masalah sabahat sorang sahaja jer. Teruskan promote barang jualan anda,jangan mudah putus asa. Ini dinamakan sahabat-sahabat FB kita sedang  membina TRUST terhadap kita. Jom cuba tip Eida beri nie :

1) GAMBAR  PROFILE
Harap sahabat Eida gunakan gambar sendiri. JANGAN letak gambar kucing,motor,bunga atau sewaktu dengannya. Bakal pelanggan kita bukan nak berurusan dengan kucing comel,bunga cantik atau motor power. Tepek jer gambar kegemilangan kita ,janji memang wajah original kita.Letak wajah kacak dan gebu gebas kita sendiri.Allah ada Pencipta TerAgung, syukur dengan Ciptaan Ilahi.

2) NAMA PROFILE
Selain itu, bakal pelanggan nak tahu nama sebenar kita bukannya nama samaran atau nama gabungan suami isteri atau kekasih gelap.Hargailah nama yang ibu bapa kita berikan. TAHUKAH ANDA, sekarang pengasas FB, Si MAT JUKI tu tengah usha FB yang tidak menggunakan nama sebenar. Hati2 sahabat nanti elok2 banyak pelanggan ,tetiba FB anda hilang. Memang boleh buat FB baru tapi pelanggan kita susah nak cari nanti. FB boleh diganti,pelanggan baru sukar dicariganti.Ingat TRUST yang telah dibina akan musnah jika FB anda hilang dari pelanggan sedia ada.

3) WARNA WARNIKAN WALL FB 
JANGAN asyik nak menjual je, 24 jam promote barang,Nanti bakal pelanggan cepat bosan. Cuba selitkan pelbagai variasi di FB wall seperti ceritakan aktiviti harian  kita, ucap selamat pada kawan2 dll .Boleh juga selitkan gambar kita pergi pos barang,susun stok , gambar COD barang. Bagi tip berguna untuk sahabat2 lain.

4) DEMO
Jika produk anda memerlukan cara penggunaan contohnya jual tudung bolehlah kongsi cara pemakaian tudung talam 2 muka tu..kih3 (gurau jer). Tunjuklah kemahiran anda. Boleh ditunjukkan melalui rakaman video atau gambar mengikut step by step.

5) TESTIMONI DAN FAKTA
Boleh juga selitkan testimoni produk pelanggan yang telah menerima khidmat daripada kita. TOLONG jangan beri testimoni yang PALSU. Berikan fakta jangan AUTA pelanggan dengan memberi testimoni yang direka-reka. Tak baik tau.BERDOSA.

6)KONSISTEN
Teruskan promote walau tak ada sapa yang nak beli. Jangan putus asa. Insya Allah rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Jangan baru seminggu dua promote , tak ada sapa beli kita dah putus ada. Cara ni lagi pelanggan tak suka dan HILANG kepercayaan pada kita.

7) JAMINAN
Beri KEYAKINAN pada bakal pelanggan yang perkhidmatan kita berkualiti. Andai produk kita ada kelulusan KKM beritahu pelanggan yang produk ini tidak ada kesan sampingan selepas penggunaan.

8) BAHASA
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita..kih3. takla, kawan2 gunalah bahasa yang selesa dipakai dan mudah difahami oleh sahabat yang akan membaca pos kita nanti. Guna bahasa harian sudah. Tak perlu ayat bunga2 sangat la kita bukan sasterawan negara.hhihihi Layan  sahabat dengan bahasa yang baik2.

Semoga bermanfaat.

12 October, 2016

10 TABIAT POSITIF JUTAWAN DUNIA YANG HARUS ANDA TAHU!

Sumber: MajalahNiaga.com
Apa itu TABIAT? Tabiat boleh dikatakan satu perbuatan yang selalu dilakukan atau dalam erti kata lain satu perkara yang dibuat secara berulang-ulang setiap hari. Sehinggakan satu hari dia tak melakukan perkara itu seumpama hidupnya tidak lengkap. Macam kita selalu minum  teh tarik pagi2, sekali tak pekena ,macam nak giler rasa dunia anda pagi tu..hiiihii..korang pernah ke??
Tapi kalau tetiba seseorang itu melakukan perkara selain yang biasa dia buat, orang tua2 cakap orang tu 'buang tabiat'. Orang cakap (orang cakap ye bukan Eida cakap..kih3) orang yang buang tabiat ni memang tak  lama dah tu ( meninggal dunia). Subhanallah, Nauzubillah. Itu hanya kebetulan, ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Allah, jangan mudah percaya lak ye.
Ini artikel dari Majalah Niaga , Eida kongsikan dengan kawan2 yang tak berkesempatan membaca. Hanya tambah ilmu pengetahuan. Kata nak jadi Jutawan, Eida kongsikanlah , mana tau TABIAT Jutawan Dunia ini yang mana boleh digunapakai, apa salahnya kita amalkan. Namun ini adalah berdasarkan kajian  tabiat JUTAWAN dunia, rasanya sebagai seorang MUSLIM ada tabiat lain yang boleh kita amalkan selaras dengan ajaran Islam.
Menurut kajian, individu kaya dan berjaya terutamanya 'self-made millionaires' mempunyai tabiat mereka sendiri.
Self made millionaires ialah jutawan yang membina kekayaan mereka daripada kosong, bukan melalui pewarisan harta kekayaan generasi terdahulu.
Mereka latih diri untuk mengamalkan tabiat di atas sebelum mereka bergelar jutawan dan disiplin itu kekal sehingga mereka jutawan.
Ini adalah beberapa contoh Millionaire yang berjaya dengan tabiat yang dimiliki oleh mereka.  Mana yang baik dan boleh diamalkan apa salahnya kita tiru, kan??

Majoriti jutawan dunia ini tahu senarai tugas atau kerja yang akan dilakukan esok hari. 

Mereka sudah ada to-do-lists siap-siap.


Salah satu tabiat positif mereka adalah bangun seawal 3 jam sebelum memulakan kerja.Lazimnya pukul 4 hingga 5 pagi. 

Biasanya Jutawan Muslim lagi awal bangun, kan?? Kebiasaan kita kan bangun Solat Tahajud , Solat Taubat ,berzikir  sehingga masuk Solat Subuh. 
Ketika dalam perjalanan iaitu di dalam kereta, kapal terbang atau keretapi, mereka suka habiskan masa mendengar bahan ilmiah dalam bentuk audio. 

Ia boleh jadi audio motivasi, pengurusan bisnes, ceramah speaker terkenal atau tazkirah agama. 

Mereka habiskan masa 5 jam setiap bulan untuk ber'networking'. Maksudnya keluar minum dengan kenalan-kenalan baru terdiri daripada orang-orang bisnes atau individu yang mereka percaya dapat memberikan nilai tambah dalam hidup dan bisnes mereka. 

Ia satu sesi padat, tidak meleret dan bernilai tinggi!
.
Mereka juga punyai hobi membaca buku atau apa sahaja bahan ilmiah. 

Sekurang-kurangnya mereka akan baca bahan ilmiah selama 30 minit. Orang kita agak2 rajin membaca ke? Ini susah nak jawab kan?? Tepuk dada tanya sendiri,kalau suruh orang tepuk nanti bergegar dada tu..kih3

Mereka sangat kurang menonton TV. Secara purata, dalam sekitar 1 jam sehari sahaja

Namun, sekali-sekala mereka luangkan masa untuk tonton sebahagian filem bersama keluarga.
Alamak masyarakat kita di Malaysia ni, rasanya memang kaki WAYANG @ TV rasanya, kalau idak takkkan banyak filem BOX OFFICE kan?? Jangan marah ye..

Mempunyai rutin senaman dan mengamalkan pemakanan sihat supaya sentiasa energetik dan otak berfungsi dengan baik.

Mereka banyak habiskan masa berfikir. Penting untuk mereka pastikan pemilihan makanan yang sihat dan rutin senaman yang betul supaya otak mereka kekal cerdas dan dapat menjana idea-idea baru untuk memastikan bisnes mereka berkembang. 
Mereka suka 'delegate' tugas. 

Tahu apa yang harus dilakukan sendiri, apa yang harus diserahkan kepada orang lain.

Dalam bisnes, mereka bukan 'one-man show' yang mahu buat semua perkara. 

Mereka faham untuk bina satu bisnes yang luarbiasa, ia memerlukan kepakaran ahli pasukan yang lain.

Mereka mengurus kewangan dengan baik, peribadi atau syarikat. Tanpa pengurusan kewangan yang baik, bisnes mereka tidak akan berkembang. 

Mereka gembira dan puas apabila dapat menjayakan orang lain. Mereka kaya dengan mengkayakan orang lain.
.
Tambahan : Syarikat mereka juga menjadi klien dipercayai pembekal, menjadi jenama disukai pelanggan, menjadi majikan pilihan pekerja dan menjadi inspirasi kepada usahawan lain. 

Amacam ?? Dah baca dan hadam ke? agak2 boleh ikut ke TABIAT Jutawan Dunia ni?? Apa pun yang kita lakukan pastikan NIAT kita lakukan sesuatu perkara kerana ALLAH TAALA. Dalam ajaran ISLAM sendiri ada menggariskan panduan dalam perniagaan yang boleh dipraktikkan. BERJAYA atau TIDAK yang penting kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan TAWAKAL kepada ALLAH swt.Jangan Mudah berputus asa. Insya allah KITA PASTI AKAN BERJAYA!!!aamiin



21 June, 2016

DUNIA PERNIAGAAN

Teks: Azida Abdul Aziz

APA ITU ENTERPRISE???
Siapa pernah dengar perkataan Enterprise?? Biasa dimana kita boleh lihat perkataaan ini?? Ya , betoi, dipapan tanda sesebuah premis perniagaan. Tapi ada juga kita lihat perkataan Sendirin Berhad (Sdn. Bhd) Ada beza antara keduanya?? . 
Dalam dunia perniagaan akan ada perkataan Enterprise, Sendirian Berhad ataupun Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Ketahuilah bahawa setiap satu mempunyai kelebihan sendiri dan kelemahannya. Baiklah saya kupaskan tentang Enterprise dulu ye.
Andai kata kita baru mula berjinak2 dengan dunia perniagaan, pasti kita dinasihatkan untuk mendaftarkan perniagaan kita itu. Namun kita keliru yang mana satukah yang perlu kita buat. Daftar atas nama Enterprise, Sdn. Bhd atau PLT???Enterprise dan Sdn. Bhd. adalah bentuk perniagaan yang memerlukan lesen berdasarkan 'Registration of Business Act'.
Enterprise boleh didaftarkan sebagai milikan tunggal atau perkongsian. Perniagaan yang boleh dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik ataupun dikongsi oleh 2 orang atau tidak lebih 20 rakan kongsi. Sesuai untuk perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan sederhana. Ia mempunyai liabiliti yang tidak terhad di mana aset persendirian anda juga terdedah kepada risiko jika perniagaan mengalami kerugian. RISIKO???jeng..jeng..jeng..
Apabila kita mendaftarkan perniagaan atas nama Enterprise di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) maka kita terikat dengan undang-undang ye. Namun kita perlu ingat bahawa Enterprise bukan syarikat tetapi hanya sekadar lesen berniaga..ulangan..LESEN NIAGA SAHAJA  bukan ada syarikat. Ramai beranggapan apabila daftar Enterprise  mereka telah memiliki sebuah syarikat..hentikan angan2 anda itu. Kita cuma ada lesen untuk memulakan perniagaan.

Jika berlaku kematian,perniagaan akan dibubarkan. Keseluruhan aset dan liabiliti perniagaan biasanya akan diurus mengikut wasiat(jika ada).Tidak boleh diwarisi oleh  anak-anak. Jika perniagaan ada rakan kongsi, anak tidak dapat tuntut bahagian ayahnya.Tidak kira berapa banyak duit ada dalam akaun perniagaan kita.Duit akan dibeku oleh pihak bank. Kebiasaanya kita kena dapatkan kebenaran mahkamah untuk urusan tersebut. Selain itu , perniagaan Enterprise tidak mendapat manfaat cukai sebaik syarikat Sdn Bhd dan PLT . 

Hasil pendapatan yang diperolehi akan dikenakan ke atas cukai peribadi pemilik. Keuntungan perniagaan akan dikira sebagai pendapatan individu. Dalam erti kata lain, perniagaan Enterprise adalah cukai peribadi, iaitu jumlah cukai perlu dibayar lebih tinggi berbanding syarikat Sdn Bhd dan PLT. Bukan itu saja, perniagaan Enterprise tidak wujud beza antara hutang bisnes dan hutang peribadi. Maksudnya, segala jenis hutang yang dibuat oleh kita mahupun rakan kongsi adalah hutang peribadi. Hutang rakan kongsi kita adalah hutang kita juga. Kita turut tanggung hutang mereka. Begitu juga sebaliknya.

Dari segi perundangan, pemilik dan perniagaan adalah satu entiti yang sama. Oleh itu, pemilik perniagaan berkemungkinan akan hilang keseluruhan wang simpanan dan hartanya jika seseorang menyaman syarikat tersebut dan menang.

Setelah membaca keterangan diatas, adakah perniagaan Enterprise tidak elok?? Jawapannya, TIDAK. Ini kerana Enterprise adalah satu langkah permulaan yang betul untuk kita mengorak langkah dalam dunia perniagaan yang lebih besar. Namun untuk KEKAL selamanya dengan Enterprise adalah satu cara yang  berisiko tinggi. Kita kena ada matlamat uuntuk mengembangkan perniagaan dengan menjadikan Enterprise bertukar kepada perniagaan Sdn Bhd. Apakah kelebihan SDN BHD?? Akan dikupas nanti.

Semoga bermanfaat.






                        







13 May, 2016

NIAT

Teks: Azida Abdul Aziz

Mulakan Hari Dengan NIAT yang Betul,

'SAHAJA AKU BERNIAGA HARI INI KERANA INGIN MEMBANTU RAMAI ORANG MELALUI SERVIS/PRODUK KERANA ALLAH TAALA'.

Hiduplah sebagai manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan sentiasa menambah nilai hidup orang lain.