Pages

11 October, 2016

Muhasabah Diri


Assalamualaikum ,Selamat pagi .
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Dapat satu pesanan melalui whatsapp,rasa satu perasaan untuk sama-sama berkongsi dengan teman2. Semoga kita sama dapat manfaat selepas membacanya.

Beruntunglah orang yang telah mengamalkannya dan berubah dengan tulisan ini.

SIAPAKAH KITA DI PAGI HARI ?
Diam sejenak dan renungi diri.

Ulama berkata:
"Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT"

Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).

Contohnya:
Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil,

Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.

Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.

Pagi-pagi lagi dah 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.

Bahaya ni..
Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa ? Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah.
Tahukah kita ? Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dariNya. Allah Maha Mengetahui.

Renungi diri...
Kita akan tahu siapa kita bila selalu cermin-cermin diri kita pada setiap pagi.
Cermin diri anda, perbaikilah hubungan anda dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur. Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.

Selalu ucapkan dan zikirkan 'Astaghfirullah hal azim' dan 'La hawlawala Quwwata illa billaah' bagi mengubati, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah.

#CnP
#SharingisCaring

10 October, 2016

AKU BUKAN OSTAJAH

Teks : Azida Abdul Aziz

Pernah dengar , kawan biarlah beribu tapi berkasih biar satu?? Penipu kata tak pernah dengar. Dalam beribu kawan kita pasti kita boleh tengok macam2 peel. Rasa happy, menyampah , meluat semua ada kan??Itulah realiti kehidupan MANUSIA.

Jangan sangka kawan yang selalu tegur kita tu orang yang bertaqwa. Jangan kita fikir kawan yang selalu bagi nasihat kat kita tu adalah manusia yang tidak pernah diuji oleh Allah. Jangan ingat kawan yang tegas beragama itu adalah manusia yang sempurna.

Ketahuilah, kawan yang tegur kita adalah untuk peringatan untuk diri dia juga. Kita manusia kan mudah lupa. Kawan kita tu bukan Malaikat dia juga manusia seperti kita, punya hati dan perasaan. BerSANGKA BAIKlah, kawan kita  tu nak pimpin tangan kita sama2 melangkah masuk ke dalam SYURGA. BerSYUKUR dapat kawan sebegini dari dapat kawan sokmo ajak kita ke NERAKA. Nauzubillah.

Apabila kawan buat salah , kita tegur, apabila buat sesuatu yang menyimpang, kita luruskan, apabila kawan sakit kita ziarahi, apabila susah kita bantu. Itu baru KAWAN SEJATI.

Ramai yang takut menegur kawan sebab takut kawan marah, kecik hati ,tak nak kawan kita lagi, bimbang dibenci atau macam2 kata nista bakal kita perolehi. Padahal kita tak nak diakhirat nanti kita dipersoalkan kenapa tak ditegur kejahilan dia?? Apa nak jawab?? ANDA FIKIRLAH SENDIRI!


13 July, 2016

SEKADAR PERKONGSIAN


Assalamualaikum semua, penulisan ini bukanlah dari saya ye,hanya sekadar berkongsi dengan sahabat, ilmu yang disebarkan oleh sahabat2 lain melalui aplikasi whatsapp. Satu peringatan yang boleh kita baca, faham dan amalkan. Insya Allah sama2 mendapat manfaat. Hanya PINJAM 3 MINIT masa sahabat untuk membaca (mungkin yang berkemahiran membaca laju,kurang dari 3 minit kot..hihiihi). Jangan buang masa, jom kita mulakan:-

 1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampk salah orang lain.

    - Ustaz Azhar Idrus.
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.

          - Ustaz Kazim Elias.
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."

      - Ustaz Don Daniyal.
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.

     - Datuk Ismail Kamus.
5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati , mati dalam solat.

    - Ustaz Haslin Baharin..
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”

     - Al-Habib Ali Zainal.
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.

     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"

    - Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.

     -Ustaz Dasuki Rani..
10. Jangan cakap:"Pergi solat.Kalau tak, masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat, Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.Insya Allah

        - TG Harun Din".
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.

      -Ustaz Pahrol...
 Rasulullah bersabda,
 'Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.'

 SELAMAT BERAMAL ..JANGAN LUPA KONGSIKAN DENGAN ORANG LAIN

07 July, 2016

Tujuh Sunnah Hebat

Very nicely written 😊
By *Ustaz Don Daniyal*
7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

06 July, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN

Teks:Azida Abdul Aziz

Berlalu dah sudah Ramadhan,sebulan kita berpuasa. Semoga Allah menerima segala ibadah kita sepanjang Ramadhan lalu dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci)  dan semoga kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. Insya Allah.aamiin. Kini,tibalah masanya kita meraikan hari kemenangan.Hari Raya AidilFitri.

Kata Al Ghazali:
Yang jauh itu waktu, Yang dekat itu mati
Yang besar itu nafsu, Yang berat itu Amanah
Yang mudah itu berbuat dosa, Yang panjang itu amal soleh &
Yang indah itu memaafkan.

Dikesempatan ini saya dan keluarga, menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua saudara mara dan sahabat handai atas segala salah silap,baik dari segi percakapan mahupun perbuatan, sama ada sengaja mahupun tidak sengaja.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Salam lebaran dari kami sekeluarga:

HUSAINI HASSAN
AZIDA ABDUL AZIZ
AZNI HUSNIYAH HUSAINI
ANNUR HAZWANI HUSAINI
AHMAD HARIS HUSAINI


         

01 July, 2016

HIKMAH SAKIT

Teks: Azida Abdul Aziz

Ilmu Allah itu luas dan kita perlu kongsi selagi mampu. Hari ini saya kongsikan tentang ilmu berkaitan hikmah sakit yang saya perolehi daripada seorang sahabat. Allah memberi kita sakit sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan sebenarnya terdapat banyak hikmah yang tersembunyi tanpa kita sedari,antaranya:-

  • sakit  itu zikrullah- mereka yang diuji dengan sakit akan selalu menyebut nama Allah berbanding diwaktu sihatnya
  • sakit itu istightifar- kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun
  • sakit itu muhasabah-orang yang sakit akan banyak waktu merenung diri dalam sepi,menghitung-hitung bekalan untuk kembali
  • sakit itu jihad-orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah ,diwajibkan untuk berikhtiar supaya sembuh segera
  • sakit itu ilmu- sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit lagi
  • sakit itu nasihat- orang yang sakit selalu menasihati oarang yang sihat agar menjaga kesihatan diri.Orang sihat pula akan menasihati yang sakit agar bersabar.
  • sakit itu silaturahim-keluarga yang jarang datang jenguk kita semasa kita sihat akan datang menziarahi , penuh senyum dan rindu mesra dan yang pasti dapat buah tangan lagi
  • sakit itu gugur dosa-anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian
  • sakit itu mustajab doa- Imam As Sayuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu buat kan??!!
  • sakit itu menyusahkan syaitan-diajak maksiat kita pasti tak mampu dan tak mahu,malah menyesal dengan perbuatan sebelum ini
  • sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis- satu sikap keinsafan yang disukai Rasululah saw dan makhluk dilangit
  • sakit meningkatkan kualiti ibadah-saat sujud ,rukuk kita pasti lebih khusyuk ,tasbih istighfar lebih khusyuk.Tahiyat juga jadi lebih lama. Solat tip top.
  • sakit itu memperbaiki akhlak- kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan menjadi santun, lembut dan tawaduk
  • sakit akan mengingatkan kita akan MATI- saat yang kita akan sering beringat untuk menghadapi saat itu dan akan sentiasa untuk tingkatkan amalan dan ibadat kepadaNYA.
Semoga bermanfaat. Jika salah mohon ditegur.

30 June, 2016

ALLAH PERANCANG TERBAIK

Teks: Azida Abdul Aziz

Kita selalu dengar ungkapan ini,' kita hanya mampu merancang, tapi hanya Allah yang menentukan'. Walau bagaimana elok pun kita rancang jika Allah tidak mengizinkan, kita kena terima dengan hati terbuka.Tidak semua yang kita rancang akan menjadi  kenyataan.

Kadang2 rasa kecewa dan mudah bersangka buruk terhadapNya apabila apa yang kita rancang musnah begitu saja.

Kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita. Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan jangan cepat bersangka buruk terhadapNYA. Hanya Allah SAHAJA ada rancangan TERBAIK buat setiap hambanya. Mungkin ada sebab kenapa Allah tidak memakbulkan permintaan kita. Insya allah, ada yang lebih baik untuk kita dariNYA.

Senyum dan  ingatlah manusia merancang dengan cita-cita, tetapi ALLAH merancang dengan CINTA.