Pages

24 May, 2016

FIKIR SEJENAK

Teks : Azida Abdul Aziz

Dalam satu bahan bacaan hatiku tertarik pada satu petikan ini. Andai kalian boleh fikir sejenak dengan hati yang tenang, pasti boleh memahaminya. Begini:-

Menurut kata Imam Malik, manusia menjadi tenang dan hebat bila ada 4 benda ini:
  1. Kenderaan Yang Pantas
  2. Rumah Yang Lapang
  3. Pakaian Yang Cantik
  4. Lampu Yang Terang
Maka, ada orang bertanya kepada Imam Malik, apakah yang dimaksudkan kata2 tersebut? Lantas Imam Malik menjawab: 
  1. Kenderaan Yang Pantas bermaksud Akal Yang Bijak,
  2. Rumah Yang Lapang bermaksud memiliki Kesabaran Yang Tinggi,
  3. Pakaian Yang cantik bermaksud Akhlak Yang Baik,
  4. Lampu Yang Terang maksudnya Ilmu Yang Menerangi.
Kata2 yang  memerlukan kita memhami dengan mendalam maksud kata2 tersebut.
Semoga bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan kita.

20 May, 2016

JUS MINDA ANAK ANDA


Mama nak caliph,mama nak caliph..anak-anak dah pandai minta selalu tengok iklan kat astro ceriakan..produk caliph ni memang dah terkenal lebih 1 juta unit dalam masa kurang dari setahun, memang produk baguskan ramai customer yang repeat order selepas mencuba Caliph..
Ni antara kelebihandan manfaat dari Jus Caliph:
KELEBIHAN JUS CALIPH
√ Meransang perkembangan Minda dan IQ
√ Mengatasi Masalah anak tidak bersemangat
√ Nutrisi yang seimbang untuk tumbesaran
√ Menguatkan daya ingatan anak-anak√
√ Sentiasa cergas dan mudah bagun pagi
√ Fokus dalam pelajaran
√ Meningkatkan antibodi tidak kerap jatuh sakit
Antara kandungan dalam Jus Caliph adalah makanan sunnah yang terbaik dan menjadi amalan semua umat islam dan kanak-kanak..
Bahan yang Terbaik dalam Jus Caliph
• KURMA
• KISMIS
• DELIMA
• MADU
• BUAH TIN
• APRIKOT
• OMEGA 3
• OMEGA 6
Kesemua kandungan ini kaya dengan Vitamin, mineral dan serat yang tinggi membantu tumbesaran anak-anak yang seimbang. Gabungan makanan yang terbaik dan berkhasiat ini dapat merawat pelbagai penyakit dan dapat meningkatkan antibodi anak-anak.
Jangan risau ana-anak pasti suka dengan rasa Caliph..sangat sedap sekali cuba pasti nak lagi.
*************************************
APALAGI IBU AYAH? BERMINAT?
JOM WHATSAPP SEGERA...
*************************************
WHATSAPP CALIPH ke 012 257 7146
🌟P/S..Untuk FEEDBACK yang pantas dan segera boleh whatsapp terus kami..TAK RUGI KAN BUAT PELABURAN SIKIT UNTUK KEBAIKAN ANAK-ANAK..🌟


19 May, 2016

TIP PROMOSI ONLINE

Teks: Azida Abdul Aziz

 ONLINE OH ONLINE!!

Ini adalah sedikit panduan buat sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan dalam bisnes online terutamanya mengunakan platform facebook (FB). Tip ini dikongsikan oleh guru aku semasa menghadiri satu seminar dahulu. 

  1. Kerap Post Iklan Di Waktu2 Puncak FB
      Waktu Post Yang Paling Sesuai adalah :-
  • Waktu Pagi : 6;15 pagi- 7.00 pagi (Pengguna tegar FB akan mula login FB, termasuklah aku..kah3)
  • Waktu Kerja : 8.00 pagi - 10.00 pagi ( ini hanya untuk mereka yang boleh aksess FB ditempat kerja)
  • Waktu Makan Tengahari : 12-30 ptg-2.00 ptg (sambil tunggu makanan sampai, layan FB dulu)
  • Waktu Selepas  Makan Tengahari : 2.30ptg ( layan sekejap FB sebelum sambung kerja)
  • Sebelum Balik : 5.30 ptg-6.15ptg (tunggu masa untuk punch card)
  • Lepas Isyak : 9.00 ptg- 12tghmlm (kadang2 boleh terlajak  hingga lewat pagi)
     2.Follow Up semua pelanggan anda terutama yang belum membuat bayaran. 

    3.Broadcast semua pelanggan lama kita , dengan memberitahu promosi baru dan tip                  ataupun sekadar bertanya khabar. Apakah broadcast ni?? Nanti aku akan terangkan di            entri lain.


Semoga bermanfaat.

18 May, 2016

LOSYEN KURUS SEJUK OHSEM

Teks : Azida Abdul Aziz
TIADA YANG SETANDING DIA!
Tak akan ada yang sama dan setanding SECRET CORREA, Losyen Kurus Sejuk Berkolagen &  Multifungsi no #1 di Asia.
Losyen kurus pelbagai guna ini dapat menyelesaikan banyak masalah diri anda. Hanya yang dah cuba tahu akan 1001 macam khasiat selain kepakaran ia melangsingkan tubuh.
WAJIB disimpan dalam setiap rumah! 
Kembang kempis tali kecapi
Kenapa lemak sana sini
Mari cuba SC sejuk ini
Mari rasa lemak lari
Losyen sejuk senang hati
Lambat cuba nanti rugi
Tunggu apa lagi? Jom cuba dan rasai sendiri.
Whatsapp/telegram 012 257 7146
p/s: Nota: jangan keliru ye testimoni bercampur dengan botol lama (putih) sekarang botol SC berwajah baru iaitu berwarna biru.




































p/s: Nota: jangan keliru ye testimoni bercampur dengan botol lama (putih) sekarang botol SC berwajah baru iaitu berwarna biru.

17 May, 2016

SATU HARI DI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Teks: Azida Abdul Aziz
Sumber : Gambar Google



Apabila membaca petikan akhbar yang menyatakan sesiapa yang berniaga secara atas talian (online) tanpa mengira platform, termasuk mereka yang membuat urusan jual beli menggunakan platform Facebook dan Instagram , perlu mendaftarkan perniagaan, jiwa rasa berdebar saja, maklumlah risau jika dikenakan tindakan. Bisnes baru sahaja bermula, denda yang dikenakan boleh beli kereta sebiji..hihihi siapa nak kena dendakan, jadi kita patuhilah peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Untuk tujuan tersebut, persiapan awal telah aku mulakan. Apabila aku suarakan hasratku, Alhamdulilah sahabatku yang ku gelar Kak Zai sudi menemankan aku untuk urusan tersebut. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang proses pendaftaran tersebut. Namun yang menjadi masalah adalah mencari nama yang sesuai dengan perniagaan online yang akan aku buat. Jika tak nak pecah kepala memikir nama,  letak je nama sendiri, habis cerita. Tapi berlagak kan konon tak nak guna nama sendiri , maka aku senaraikanlah nama yang kononnya gempak..hihihi. Ada juga  sahabatku yang prihatin memberi cadangan nama, aku turut senaraikan cadangan beliau. Sebab apa kena fikir banyak nama?? Jawapannya, kita tidak tahu nama yang kita cipta itu dah ada dalam sistem ataupun tidak. Andai nama yang kita cipta dah ada orang guna, meloponglah nak fikir nama baru. Ingat otak boleh fikir on-the-spot. Otak kita kadang-kadang boleh jem oo nak memikir secara tiba-tiba. Tapi kalau buat salah memang cepat otak kita berputar 360 darjah cari idea.kih3. (ada cerita menarik tentang peristiwa itu, insya allah dientri lain akan aku ceritakan).

Tiba hari yang dijanjikan aku ditemani oleh Kak Zai telah pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Menara SSM, KL Sentral. Seronok sangat berbual hingga tersalah tekan butang nombor lif ( buat muka tak bersalah je kami tersalah masuk pejabat,kah3). Selamba jer buat tanya2, padahal memang dah tahu salah pejabat.

Sampai di destinasi sebetulnya kami terus meminta borang. Setelah dinyatakan tujuan asal kami, maka bermulalah sesi mengisi segala maklumat yang dikehendaki. Aku senaraikan tiga nama yang ingin aku daftarkan. Jika kita ingin mendaftar dengan nama syarikat , Contoh, Azida Enterprise , bayaran RM70 setahun. Jika menggunakan nama sendiri, contoh Azida Binti Abdul Aziz (mengikut nama dalam Kad Pengenalan), bayaran adalah RM40 setahun. Untuk tujuan pembaharuan Lesen, nama syarikat RM60 setahun atau nama sendiri hanya RM30 setahun. Anda pilihlah mana yang sesuai.

Mujur ada Kak Zai yang teman, kalau tidak memang bosan menunggu. Urusan tak lama sangat masa aku datang, mungkin sebab tak ramai yang buat urusan hari Jumaat , yelah masa tu , orang lelaki beragama islam pergi menunaikan solat Jumaat. Pandaikan aku pilih hari. kih3. Kak Zai banyak membantu aku mengisi segala maklumat dalam borang. Segala kategori dia suruh aku isi. Katanya manalah tahu nanti nak terjun dalam bidang baru. Terima kasih Kak Zai. Jasamu akan ku kenang selalu.  

Sebaik nombor giliran aku dipanggil akhirnya kuserahkan borangku. Nama pertama yang dicadangkan terus diterima. Cayolah Ida. Alhamdulilah, selesai bayaran , maka selesailah urusan aku di SSM.

Sebaik sahaja selesai urusan, kami bercadang keluar makan. Semasa mengisi borang tadi tak rasa lapar , sudah selesai urusan tetiba perut mainkan lagu keroncong. Di dalam bangunan kita tidak tahu apa yang terjadi diluar. Rupanya diluar bangunan, hujan lebat mencurah-curah turun ke bumi. Kami terus sepakat redah je hujan tu. Apalah sangatkan, air je pun. Basah juga pakaian kami tapi disebabkan  kami menyusur melalui celah-celah bangunan, tidaklah sampai lencun. Kami menikmati juadah tengahari di NuSentral. Lupa nak beritahu sebenarnya aku ambil cuti setengah hari demi mendaftarkan SSM sebab itu boleh melepak lepas selesai urusan di SSM. Selesai menjamu selera, kami berpisah menuju haluan masing-masing. Terima kasih Kak Zai sudi temankan Ida.

BIAR PRODUK YANG BERBICARA

Teks: Azida Abdul Aziz

Gel Amani bertindak meresap masuk ke dalam otot dan tulang. Penggunaan Gel Amani secara berterusan akan membantu menghantar darah yang mengandungi segala zat yang diperlukan untuk memasuki ruang-ruang kosong yang cedera untuk proses penyembuhan. Berikut adalah antara testimoni pengguna Gel Amani.