Pages

30 June, 2016

KEPENTINGAN ZAKAT


Teks: Azida Abdul Aziz

Diam tak diam sudah 25 Ramadhan bertandang tahun ini. Terasa pantas masa berlalu. Apakah memori yang masih segar dalam ingatan setiap kali tiba bulan Ramadhan??? Ponteng puasa!!!Bazaar!!Banyak pilihan makanan!! Main mercun!!Bisnes kuih raya,masyukkk!!! Moreh makan sedap!! Sabo jela. 

Salah satu yang akan kita ingat bila Ramadhan adalah Solat Terawih dan zakat fitrah. Solat Terawih adalah sunat namun zakat fitrah adalah wajib dibayar ye!!!cepat bayar ye sahabat2 sekalian. Jangan buat2 lupa pulak. Zakat terbahagi kepada 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Sempena bulan Ramadhan , saya cerita sikit tentang zakat fitrah ye. Zakat harta nanti kita boleh cerita. 

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang ke5. Dari segi bahasa, zakat bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Pengertian bersih dan suci dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil.Selain itu, zakat juga membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Manakala dari segi syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf2 yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat2 yang ditetapkan oleh syarak. ( sumber: Pusat Zakat Selangor)

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:-

  1. Waktu Wajib : Apabila terbenam matahari kahir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
  2. Waktu Yang Paling Afdhal : sebelum Solat Sunat Hari Raya
  3. Waktu Sunat : Sepanjang Bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh : Selepas solat sunat hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 syawal
  5. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal
Siapa yang layak menerima zakat? Terdapat 8 golongan Asnaf yang layak menerima wang zakat iaitu :-

  1. Fakir (Al Fuqara)- orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya, dia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
  2. Miskin  ( Al Masakin)- mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
  3. Amil - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagihkan wang zakat
  4. Muallaf- seseorang yang baru memeluk agama Islam
  5. Riqab- seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri
  6. Gharimin- penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
  7. Fisabililah- orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
  8. Ibnus Sabil- musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.       
Dengan mengeluarkan zakat sebenarnya kita menghampirkan diri dengan Allah. Ini kerana harta telah dibelanjakan mengikut cara yang diredhai Allah serta tanda kesyukuran dan mengagungkan kekuasaan Allah dan tanda syukur itu adalah tindakan kerelaan mengambil sebahagian harta bendanya untuk mencari keredhaanNya, selain menguji keimanan dan ketaqwaan seseorang. Hanya manusia yang benar2 beriman dan bertaqwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment