Pages

30 June, 2016

ALLAH PERANCANG TERBAIK

Teks: Azida Abdul Aziz

Kita selalu dengar ungkapan ini,' kita hanya mampu merancang, tapi hanya Allah yang menentukan'. Walau bagaimana elok pun kita rancang jika Allah tidak mengizinkan, kita kena terima dengan hati terbuka.Tidak semua yang kita rancang akan menjadi  kenyataan.

Kadang2 rasa kecewa dan mudah bersangka buruk terhadapNya apabila apa yang kita rancang musnah begitu saja.

Kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita. Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan jangan cepat bersangka buruk terhadapNYA. Hanya Allah SAHAJA ada rancangan TERBAIK buat setiap hambanya. Mungkin ada sebab kenapa Allah tidak memakbulkan permintaan kita. Insya allah, ada yang lebih baik untuk kita dariNYA.

Senyum dan  ingatlah manusia merancang dengan cita-cita, tetapi ALLAH merancang dengan CINTA.

KEPENTINGAN ZAKAT


Teks: Azida Abdul Aziz

Diam tak diam sudah 25 Ramadhan bertandang tahun ini. Terasa pantas masa berlalu. Apakah memori yang masih segar dalam ingatan setiap kali tiba bulan Ramadhan??? Ponteng puasa!!!Bazaar!!Banyak pilihan makanan!! Main mercun!!Bisnes kuih raya,masyukkk!!! Moreh makan sedap!! Sabo jela. 

Salah satu yang akan kita ingat bila Ramadhan adalah Solat Terawih dan zakat fitrah. Solat Terawih adalah sunat namun zakat fitrah adalah wajib dibayar ye!!!cepat bayar ye sahabat2 sekalian. Jangan buat2 lupa pulak. Zakat terbahagi kepada 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Sempena bulan Ramadhan , saya cerita sikit tentang zakat fitrah ye. Zakat harta nanti kita boleh cerita. 

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang ke5. Dari segi bahasa, zakat bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Pengertian bersih dan suci dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil.Selain itu, zakat juga membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Manakala dari segi syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf2 yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat2 yang ditetapkan oleh syarak. ( sumber: Pusat Zakat Selangor)

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:-

  1. Waktu Wajib : Apabila terbenam matahari kahir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
  2. Waktu Yang Paling Afdhal : sebelum Solat Sunat Hari Raya
  3. Waktu Sunat : Sepanjang Bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh : Selepas solat sunat hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 syawal
  5. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal
Siapa yang layak menerima zakat? Terdapat 8 golongan Asnaf yang layak menerima wang zakat iaitu :-

  1. Fakir (Al Fuqara)- orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya, dia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
  2. Miskin  ( Al Masakin)- mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
  3. Amil - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagihkan wang zakat
  4. Muallaf- seseorang yang baru memeluk agama Islam
  5. Riqab- seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri
  6. Gharimin- penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
  7. Fisabililah- orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
  8. Ibnus Sabil- musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.       
Dengan mengeluarkan zakat sebenarnya kita menghampirkan diri dengan Allah. Ini kerana harta telah dibelanjakan mengikut cara yang diredhai Allah serta tanda kesyukuran dan mengagungkan kekuasaan Allah dan tanda syukur itu adalah tindakan kerelaan mengambil sebahagian harta bendanya untuk mencari keredhaanNya, selain menguji keimanan dan ketaqwaan seseorang. Hanya manusia yang benar2 beriman dan bertaqwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas.

Semoga bermanfaat.

22 June, 2016

SALAM NUZUL QURAN

Teks : Azida Abdul Aziz
Sumber: google

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran,

Peristiwa Nuzul Al Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang adapada hari ini. Peristiwa Nuzul AlQuran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia yang tersimpan dalam al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril iaitu lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq.

Ya Allah, Rahmatilah kami dengan kemuliaan Al Quran. Jadikanlah ia cahaya yang menyuluh disetiap langkah kami. Cahaya yang memimpin kami ke SyurgaMu. Masukkan kami ke SyurgaMu dengan syafaat Al-Quran. aamiin.

21 June, 2016

DUNIA PERNIAGAAN

Teks: Azida Abdul Aziz

APA ITU ENTERPRISE???
Siapa pernah dengar perkataan Enterprise?? Biasa dimana kita boleh lihat perkataaan ini?? Ya , betoi, dipapan tanda sesebuah premis perniagaan. Tapi ada juga kita lihat perkataan Sendirin Berhad (Sdn. Bhd) Ada beza antara keduanya?? . 
Dalam dunia perniagaan akan ada perkataan Enterprise, Sendirian Berhad ataupun Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Ketahuilah bahawa setiap satu mempunyai kelebihan sendiri dan kelemahannya. Baiklah saya kupaskan tentang Enterprise dulu ye.
Andai kata kita baru mula berjinak2 dengan dunia perniagaan, pasti kita dinasihatkan untuk mendaftarkan perniagaan kita itu. Namun kita keliru yang mana satukah yang perlu kita buat. Daftar atas nama Enterprise, Sdn. Bhd atau PLT???Enterprise dan Sdn. Bhd. adalah bentuk perniagaan yang memerlukan lesen berdasarkan 'Registration of Business Act'.
Enterprise boleh didaftarkan sebagai milikan tunggal atau perkongsian. Perniagaan yang boleh dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik ataupun dikongsi oleh 2 orang atau tidak lebih 20 rakan kongsi. Sesuai untuk perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan sederhana. Ia mempunyai liabiliti yang tidak terhad di mana aset persendirian anda juga terdedah kepada risiko jika perniagaan mengalami kerugian. RISIKO???jeng..jeng..jeng..
Apabila kita mendaftarkan perniagaan atas nama Enterprise di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) maka kita terikat dengan undang-undang ye. Namun kita perlu ingat bahawa Enterprise bukan syarikat tetapi hanya sekadar lesen berniaga..ulangan..LESEN NIAGA SAHAJA  bukan ada syarikat. Ramai beranggapan apabila daftar Enterprise  mereka telah memiliki sebuah syarikat..hentikan angan2 anda itu. Kita cuma ada lesen untuk memulakan perniagaan.

Jika berlaku kematian,perniagaan akan dibubarkan. Keseluruhan aset dan liabiliti perniagaan biasanya akan diurus mengikut wasiat(jika ada).Tidak boleh diwarisi oleh  anak-anak. Jika perniagaan ada rakan kongsi, anak tidak dapat tuntut bahagian ayahnya.Tidak kira berapa banyak duit ada dalam akaun perniagaan kita.Duit akan dibeku oleh pihak bank. Kebiasaanya kita kena dapatkan kebenaran mahkamah untuk urusan tersebut. Selain itu , perniagaan Enterprise tidak mendapat manfaat cukai sebaik syarikat Sdn Bhd dan PLT . 

Hasil pendapatan yang diperolehi akan dikenakan ke atas cukai peribadi pemilik. Keuntungan perniagaan akan dikira sebagai pendapatan individu. Dalam erti kata lain, perniagaan Enterprise adalah cukai peribadi, iaitu jumlah cukai perlu dibayar lebih tinggi berbanding syarikat Sdn Bhd dan PLT. Bukan itu saja, perniagaan Enterprise tidak wujud beza antara hutang bisnes dan hutang peribadi. Maksudnya, segala jenis hutang yang dibuat oleh kita mahupun rakan kongsi adalah hutang peribadi. Hutang rakan kongsi kita adalah hutang kita juga. Kita turut tanggung hutang mereka. Begitu juga sebaliknya.

Dari segi perundangan, pemilik dan perniagaan adalah satu entiti yang sama. Oleh itu, pemilik perniagaan berkemungkinan akan hilang keseluruhan wang simpanan dan hartanya jika seseorang menyaman syarikat tersebut dan menang.

Setelah membaca keterangan diatas, adakah perniagaan Enterprise tidak elok?? Jawapannya, TIDAK. Ini kerana Enterprise adalah satu langkah permulaan yang betul untuk kita mengorak langkah dalam dunia perniagaan yang lebih besar. Namun untuk KEKAL selamanya dengan Enterprise adalah satu cara yang  berisiko tinggi. Kita kena ada matlamat uuntuk mengembangkan perniagaan dengan menjadikan Enterprise bertukar kepada perniagaan Sdn Bhd. Apakah kelebihan SDN BHD?? Akan dikupas nanti.

Semoga bermanfaat.