Pages

10 May, 2016

SALAM PERKENALAN


Teks: Azida Abdul Aziz

 Assalamualaikum w.b.t, 

Bismillahirrahmanirrahim dan salam perkenalan daripada saya, Azida Binti Abdul Aziz. Puteri kepada pasangan Abdul Aziz Bin Samad dan Zauyah Binti Umar. Dilahirkan di Kampung Bukit Kemuning Raub, Pahang pada 5hb September 1976. Namun saya dibesarkan dengan suasana tanah rancangan FELDA. Saya membesar di Felda Mempaga 1, Bentong, Pahang. Kehidupan sebagai anak peneroka memang best sebab banyak budaya dan loghat boleh belajar.  Zaman persekolahan saya agak menarik kerana banyak sekolah kena pergi disebabkan bilangan sekolah yang terhad pada tahun tesebut.

Pendidikan 
Selepas tadika,masuk darjah 1 hingga 6 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 1,Bentong Pahang. Sistem Pendidikan yang sering bertukar jadi saya antara pelajar pertama yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) format baru  yang menggantikan Penilaian Darjah 5. Selepas mendapat keputusan yang baik saya  belajar di Sekolah Menengah (LKTP) Kampung Sertik, Karak ,Pahang dari tingkatan 1 hingga 3 mengambil jurusan perdagangan. Konon,tak nak  berpanas dan elakkan tangan jadi kasar..kah3. Tahun ini, pelajar boleh memilih jurusan elektif seperti pedagangan, sains  rumah tangga atau pertanian.  Jika tidak lulus mata pelajaran yang ditetapkan memang pelajar tidak boleh masuk ke tingkatan 4. Jadi usaha mesti lebih kebabom la sebab takut kena mengulang lagi. Malu beb kena mengulang tingkatan 3 lagi.

Oleh kerana sekolah ini tiada tingkatan 4 ,maka sekali lagi saya bertukar sekolah ke bandar Bentong. Maka, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong ,Pahang. Saya masuk kelas Prinsip Akaun sehingga mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebab apa pilih akaun. Jawapannya, ikut kawan. Kemudian, meneruskan  pendidikan ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sulaiman Bentong,Pahang dengan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kali ini saya masuk kelas Geografi. Belajarlah segala elmu tentang bentuk muka bumi,keratan rentas tanah ,bla..bla..blla Bosan kan?? Hihihihi

Kemudian meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM),tahun ini universiti bertukar nama dari nama sebelumnya Universiti Pertanian Malaysia. Mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia). Ilmu yang saya belajar tapi serius cakap tak pernah pun saya amalkan. Apabila habis belajar segala elmu itu melayang bagaikan angin bayu.

Pengalaman Bekerja
Pengalaman bekerja saya sangat tak menarik sebab banyak benda yang sama yang pernah buat.Tambahan pula, satu tempat kerja tak pernah lama pun. Mungkin bosan dan tak bersedia untuk bekerja (alasan).Habis tingkatan 6, pengalaman pertama pegang duit adalah menjadi kerani akaun disebuah pasaraya selama sebulan hihihi. lama  kan??

Kemudian, bekas guru, Puan Norhayati Mohamed yang mengajar saya subjek Ekonomi semasa tingkatan 6, menyuruh saya menjadi guru sementara di sekolah lama masa saya tingkatan 3. Hati berkata berkata mampu ke aku? Dulu zaman jadi pelajar ,betapa nakalnya kita.  Menolak pelawaan cikgu tersebut. Namun Cikgu Yati (nama panggilan) terus memujuk, akhirnya aku mengalah. Jadilah saya Cikgu Azida. Yang bestnya adalah kebanyakan cikgu saya dulu kini menjadi rakan sekerja walaupun sekejap. Selepas itu baru saya melanjutkan pelajaran ke universiti. Memori sebagai seorang guru memang akan terpahat dalam hati.

Lepas keluar U, berlaku krisis ekonomi dunia, jadi peluang pekerjaan amat kurang ketika itu. Sekali lagi saya terjebak dengan dunia pendidikan, gara-gara pujukan kakak dengan menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Suasana mengajar disekolah rendah dan sekolah boleh dikatakaan elit amat berbeza. Ada juga ibu bapa yang minta kita bagi kelas tuition untuk anak mereka . Agak lumayan jadi guru tuisyen Tapi menjadi guru yang best adalah apabila sambutan Hari Guru diadakan. Macam-macam hadiah boleh dapat walau bukan itu sebenarnya matlamat seorang pendidik. Kenangan menjadi guru ini amat indah sebab disinilah saya bertemu jodoh. Dari seorang guru, saya menjadi kerani namun sekejap sahaja sehingga saya ditawarkan jawatan Pegawai Tadbir disebuah syarikat  sehinggalah sekarang. 

Bahagia Hingga Ke Jannah
Sekolah menjadi titik pertemuan dengan jodoh saya. Pertemuan dengan seorang guru bernama Husaini Bin Hassan telah menerbitkan benih-benih cinta sehingga kami disatukan dengan ikatan perkahwinan pada 01.02.03. Kami dikurniakan 3 cahaya mata penyeri rumah tangga, Azni Husniyah, Annur Hazwani dan Ahmad Haris. Keletah mereka cukup mewarnai kehidupan keluarga kami. Doa saya semoga ikatan perkahwinan kami hingga ke Jannah.aamiin

Diari Bisnes
Seperti saya katakan tidak pernah menyangka akan terjebak dalam dunia perniagaan walaupun memiliki Ijazah dalam perniagaan. Perancangan Allah itu memang MAha Luas, pertemuan dengan sahabat disebelah kanan saya di satu seminar Kolej Jutawan, kelolaan En.Azizi Ali telah membawa saya kepada dunia bisnes. Sahabat saya, Zaiton Binti Arifin dan Lely Surani Binti Bakarudiin yang telah membawa saya ke dunia baru. Melalui mereka saya mendapat ilmu perniagaan online. Produk pertama saya GEL AMANI, penawar sakit lutut dan sendi. Kemudian, pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang saya jual. Banyak teknik dan ilmu online yang saya belajar antaranya Seminar Gergasi Hijau, Persatuan Usahanita, Akademi Usahawan Mikro dan pelbagai kursus lagi yang saya hadiri untuk memantapkan ilmu perniagaan online. Insya allah akan saya berkongsi ilmu yang saya pelajari. Impian saya adalah menjadi seorang TRADER yang berjaya hingga ke peringkat antarabangsa. Mungkin kedengaran seperti omongan kosong, namun itulah impian yang perlu saya kejar sekarang untuk merealisasikan impian dan cita-cita saya. Segala halangan dan rintangan mendatang yang perlu saya tempuh untuk mengapai impian tersebut. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat.

Harapan Dalam ABDR 
Sahabat Muka Buku saya Norul Badri Daud membawa saya kepada ABDR. Terima kasih kepada beliau memperkenalkan saya satu dunia baru dalam bisnes iaitu menulis BLOG. Semoga saya dapat menulis dengan konsisten dan baik serta sesuai dengan diri saya dan dunia bisnes online saya disamping dapat menjana pendapatan tambahan serta menambah networking bersama sahabat ABDR. Mohon juga tunjuk ajar dari sahabat ABDR yang lain. Terima kasih juga kepada Cikgu Anys Idayu Zakariad) sudi melayan karenah anak murid terlajak umur ini. Semoga kita semua sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

No comments:

Post a Comment