Pages

13 May, 2016

Hari Jumaat Penuh Barakah

Teks: Azida Abdul Aziz

Dalam seminggu ada 7 hari namun hari Jumaat amat dinantikan oleh semua orang. Bagi yang bekerja, hari Jumaat (kebanyakannya ada juga yang bekerja hingga sabtu kan?) adalah hari bercuti keesokkan harinya, termasuklah aku..hihi. Hari yang tidak perlu berkejar-kejar untuk menghadap jalan 'jam' maklumlah hidup dikota metropolitan ni, semua kena cepat, lambat alamat 'punch card' merah.(akulah orangnya)

Hari Jumaat adalah hari besar di sisi Allah dan khusus bagi umatnya. Kenapa?? sebab Allah berfirman yang bermaksud ," Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli . Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah : ayat 9) . 

Dalam ayat tersebut jelas Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib  dilakukan.

Oleh yang demikian ,terdapat beberapa perkara Sunnah Hari Jumaat yang boleh kita jadikan amalan antaranya:
  • Persediaan Jumaat hendaklah bermula pada hari khamis lagi, seperti memotong kuku dan memotong rambut dan lain-lain
  • Membaca surah Al Kahfi
  • Mandi Sunat 
  • Bersiwak
  • Memakai wangi-wangian
  • Memakai pakaian yang lebih baik seeloknya berwarna putih
  • Datang awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat
  • Berjalan kaki ke masjid
  • Mendengar khutbah dengan penuh perhatian
  • Mencari masa yang mustajab untuk berdoa
  • Memperbanyakkan selawat
Semoga bermanfaat. Selamat berhujung minggu.

No comments:

Post a Comment