Pages

21 June, 2016

DUNIA PERNIAGAAN

Teks: Azida Abdul Aziz

APA ITU ENTERPRISE???
Siapa pernah dengar perkataan Enterprise?? Biasa dimana kita boleh lihat perkataaan ini?? Ya , betoi, dipapan tanda sesebuah premis perniagaan. Tapi ada juga kita lihat perkataan Sendirin Berhad (Sdn. Bhd) Ada beza antara keduanya?? . 
Dalam dunia perniagaan akan ada perkataan Enterprise, Sendirian Berhad ataupun Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Ketahuilah bahawa setiap satu mempunyai kelebihan sendiri dan kelemahannya. Baiklah saya kupaskan tentang Enterprise dulu ye.
Andai kata kita baru mula berjinak2 dengan dunia perniagaan, pasti kita dinasihatkan untuk mendaftarkan perniagaan kita itu. Namun kita keliru yang mana satukah yang perlu kita buat. Daftar atas nama Enterprise, Sdn. Bhd atau PLT???Enterprise dan Sdn. Bhd. adalah bentuk perniagaan yang memerlukan lesen berdasarkan 'Registration of Business Act'.
Enterprise boleh didaftarkan sebagai milikan tunggal atau perkongsian. Perniagaan yang boleh dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik ataupun dikongsi oleh 2 orang atau tidak lebih 20 rakan kongsi. Sesuai untuk perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan sederhana. Ia mempunyai liabiliti yang tidak terhad di mana aset persendirian anda juga terdedah kepada risiko jika perniagaan mengalami kerugian. RISIKO???jeng..jeng..jeng..
Apabila kita mendaftarkan perniagaan atas nama Enterprise di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) maka kita terikat dengan undang-undang ye. Namun kita perlu ingat bahawa Enterprise bukan syarikat tetapi hanya sekadar lesen berniaga..ulangan..LESEN NIAGA SAHAJA  bukan ada syarikat. Ramai beranggapan apabila daftar Enterprise  mereka telah memiliki sebuah syarikat..hentikan angan2 anda itu. Kita cuma ada lesen untuk memulakan perniagaan.

Jika berlaku kematian,perniagaan akan dibubarkan. Keseluruhan aset dan liabiliti perniagaan biasanya akan diurus mengikut wasiat(jika ada).Tidak boleh diwarisi oleh  anak-anak. Jika perniagaan ada rakan kongsi, anak tidak dapat tuntut bahagian ayahnya.Tidak kira berapa banyak duit ada dalam akaun perniagaan kita.Duit akan dibeku oleh pihak bank. Kebiasaanya kita kena dapatkan kebenaran mahkamah untuk urusan tersebut. Selain itu , perniagaan Enterprise tidak mendapat manfaat cukai sebaik syarikat Sdn Bhd dan PLT . 

Hasil pendapatan yang diperolehi akan dikenakan ke atas cukai peribadi pemilik. Keuntungan perniagaan akan dikira sebagai pendapatan individu. Dalam erti kata lain, perniagaan Enterprise adalah cukai peribadi, iaitu jumlah cukai perlu dibayar lebih tinggi berbanding syarikat Sdn Bhd dan PLT. Bukan itu saja, perniagaan Enterprise tidak wujud beza antara hutang bisnes dan hutang peribadi. Maksudnya, segala jenis hutang yang dibuat oleh kita mahupun rakan kongsi adalah hutang peribadi. Hutang rakan kongsi kita adalah hutang kita juga. Kita turut tanggung hutang mereka. Begitu juga sebaliknya.

Dari segi perundangan, pemilik dan perniagaan adalah satu entiti yang sama. Oleh itu, pemilik perniagaan berkemungkinan akan hilang keseluruhan wang simpanan dan hartanya jika seseorang menyaman syarikat tersebut dan menang.

Setelah membaca keterangan diatas, adakah perniagaan Enterprise tidak elok?? Jawapannya, TIDAK. Ini kerana Enterprise adalah satu langkah permulaan yang betul untuk kita mengorak langkah dalam dunia perniagaan yang lebih besar. Namun untuk KEKAL selamanya dengan Enterprise adalah satu cara yang  berisiko tinggi. Kita kena ada matlamat uuntuk mengembangkan perniagaan dengan menjadikan Enterprise bertukar kepada perniagaan Sdn Bhd. Apakah kelebihan SDN BHD?? Akan dikupas nanti.

Semoga bermanfaat.






                        







No comments:

Post a Comment