Teks: Azida Abdul Aziz
SAHABAT SELAMANYA
Dua
tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..
Sahabat
untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..
Berakit-rakit
kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat
untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…
Tiada
bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
Sahabat
untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Sahabat
untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…
Pernah
dengar lirik lagu di atas kan?? Betoi3 ,ucapan kegilaan anak2 kita . Ungkapan
yang sering diucapkan dalam kehidupan berkawan dunia kanak-kanak. Betapa
eratnya ikatan persahabatan mereka.
Berkawan
biarlah beribu, berkasih cukuplah satu. Namun dalam beribu kawan adalah sukar
untuk mencari seorang yang benar-benar boleh dijadikan kawan, sahabat mahupun teman sejati.
Dalam
mencari kawan, kita hendaklah mencari kawan macam cermin, kita gembira, dia pun
gembira. Kita sedih, dia pun sedih. Jangan cari kawan macam duit syiling, depan
lain, belakang lain. Fahamkan maksud tersebut.
Pesanan Iman al-Ghazali tentang seorang Kawan:
- Pilih kawan yang berakal. Jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan
- Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan diransang nafsu jahatnya.
- Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
- Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
- Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Sebaik-baik kawan adalah yang dapat membantu membawa kita ke SYURGA , bukannya mengheret kita ke NERAKA.
No comments:
Post a Comment