Pages

17 May, 2016

SATU HARI DI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Teks: Azida Abdul Aziz
Sumber : Gambar Google



Apabila membaca petikan akhbar yang menyatakan sesiapa yang berniaga secara atas talian (online) tanpa mengira platform, termasuk mereka yang membuat urusan jual beli menggunakan platform Facebook dan Instagram , perlu mendaftarkan perniagaan, jiwa rasa berdebar saja, maklumlah risau jika dikenakan tindakan. Bisnes baru sahaja bermula, denda yang dikenakan boleh beli kereta sebiji..hihihi siapa nak kena dendakan, jadi kita patuhilah peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Untuk tujuan tersebut, persiapan awal telah aku mulakan. Apabila aku suarakan hasratku, Alhamdulilah sahabatku yang ku gelar Kak Zai sudi menemankan aku untuk urusan tersebut. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang proses pendaftaran tersebut. Namun yang menjadi masalah adalah mencari nama yang sesuai dengan perniagaan online yang akan aku buat. Jika tak nak pecah kepala memikir nama,  letak je nama sendiri, habis cerita. Tapi berlagak kan konon tak nak guna nama sendiri , maka aku senaraikanlah nama yang kononnya gempak..hihihi. Ada juga  sahabatku yang prihatin memberi cadangan nama, aku turut senaraikan cadangan beliau. Sebab apa kena fikir banyak nama?? Jawapannya, kita tidak tahu nama yang kita cipta itu dah ada dalam sistem ataupun tidak. Andai nama yang kita cipta dah ada orang guna, meloponglah nak fikir nama baru. Ingat otak boleh fikir on-the-spot. Otak kita kadang-kadang boleh jem oo nak memikir secara tiba-tiba. Tapi kalau buat salah memang cepat otak kita berputar 360 darjah cari idea.kih3. (ada cerita menarik tentang peristiwa itu, insya allah dientri lain akan aku ceritakan).

Tiba hari yang dijanjikan aku ditemani oleh Kak Zai telah pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Menara SSM, KL Sentral. Seronok sangat berbual hingga tersalah tekan butang nombor lif ( buat muka tak bersalah je kami tersalah masuk pejabat,kah3). Selamba jer buat tanya2, padahal memang dah tahu salah pejabat.

Sampai di destinasi sebetulnya kami terus meminta borang. Setelah dinyatakan tujuan asal kami, maka bermulalah sesi mengisi segala maklumat yang dikehendaki. Aku senaraikan tiga nama yang ingin aku daftarkan. Jika kita ingin mendaftar dengan nama syarikat , Contoh, Azida Enterprise , bayaran RM70 setahun. Jika menggunakan nama sendiri, contoh Azida Binti Abdul Aziz (mengikut nama dalam Kad Pengenalan), bayaran adalah RM40 setahun. Untuk tujuan pembaharuan Lesen, nama syarikat RM60 setahun atau nama sendiri hanya RM30 setahun. Anda pilihlah mana yang sesuai.

Mujur ada Kak Zai yang teman, kalau tidak memang bosan menunggu. Urusan tak lama sangat masa aku datang, mungkin sebab tak ramai yang buat urusan hari Jumaat , yelah masa tu , orang lelaki beragama islam pergi menunaikan solat Jumaat. Pandaikan aku pilih hari. kih3. Kak Zai banyak membantu aku mengisi segala maklumat dalam borang. Segala kategori dia suruh aku isi. Katanya manalah tahu nanti nak terjun dalam bidang baru. Terima kasih Kak Zai. Jasamu akan ku kenang selalu.  

Sebaik nombor giliran aku dipanggil akhirnya kuserahkan borangku. Nama pertama yang dicadangkan terus diterima. Cayolah Ida. Alhamdulilah, selesai bayaran , maka selesailah urusan aku di SSM.

Sebaik sahaja selesai urusan, kami bercadang keluar makan. Semasa mengisi borang tadi tak rasa lapar , sudah selesai urusan tetiba perut mainkan lagu keroncong. Di dalam bangunan kita tidak tahu apa yang terjadi diluar. Rupanya diluar bangunan, hujan lebat mencurah-curah turun ke bumi. Kami terus sepakat redah je hujan tu. Apalah sangatkan, air je pun. Basah juga pakaian kami tapi disebabkan  kami menyusur melalui celah-celah bangunan, tidaklah sampai lencun. Kami menikmati juadah tengahari di NuSentral. Lupa nak beritahu sebenarnya aku ambil cuti setengah hari demi mendaftarkan SSM sebab itu boleh melepak lepas selesai urusan di SSM. Selesai menjamu selera, kami berpisah menuju haluan masing-masing. Terima kasih Kak Zai sudi temankan Ida.

No comments:

Post a Comment