Pages

19 May, 2016

TIP PROMOSI ONLINE

Teks: Azida Abdul Aziz

 ONLINE OH ONLINE!!

Ini adalah sedikit panduan buat sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan dalam bisnes online terutamanya mengunakan platform facebook (FB). Tip ini dikongsikan oleh guru aku semasa menghadiri satu seminar dahulu. 

  1. Kerap Post Iklan Di Waktu2 Puncak FB
      Waktu Post Yang Paling Sesuai adalah :-
  • Waktu Pagi : 6;15 pagi- 7.00 pagi (Pengguna tegar FB akan mula login FB, termasuklah aku..kah3)
  • Waktu Kerja : 8.00 pagi - 10.00 pagi ( ini hanya untuk mereka yang boleh aksess FB ditempat kerja)
  • Waktu Makan Tengahari : 12-30 ptg-2.00 ptg (sambil tunggu makanan sampai, layan FB dulu)
  • Waktu Selepas  Makan Tengahari : 2.30ptg ( layan sekejap FB sebelum sambung kerja)
  • Sebelum Balik : 5.30 ptg-6.15ptg (tunggu masa untuk punch card)
  • Lepas Isyak : 9.00 ptg- 12tghmlm (kadang2 boleh terlajak  hingga lewat pagi)
     2.Follow Up semua pelanggan anda terutama yang belum membuat bayaran. 

    3.Broadcast semua pelanggan lama kita , dengan memberitahu promosi baru dan tip                  ataupun sekadar bertanya khabar. Apakah broadcast ni?? Nanti aku akan terangkan di            entri lain.


Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment