Pages

16 May, 2016

SELAMAT HARI GURU 2016

 Teks : Azida Abdul Aziz

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tanggal 16 Mei setiap tahun, apa jua panggilan kita kepada mereka, cikgu, guru, teacher, sir, ustaz, uztazah, pensyarah , mereka adalah warga pendidik  yang akan diraikan dengan satu sambutan iaitu HARI GURU. Siapa jua yang pernah mengajar kita walau satu huruf layak kita ingati sebagai seorang guru terutamanya kedua ibu bapa kita. AL FATIHAH buat kedua ibu bapaku, guru pertama dalam hidupku. Ucapan ini juga layak ku tujukan kepada suamiku , Husaini Hassan dan kakakku, Amalina Abdul Aziz, membakar diri demi menerangi setiap ruang. Dikesempatan ini juga, aku mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik aku dari kecil hingga dewasa. Sehingga sekarang aku masih belajar dengan ramai guru.

Sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun sebagai menghargai jasa warga pendidik dalam menabur bakti dan mencurahkan ilmu demi anak bangsa. Jasa baik seorang guru patut kita ingati selagi hayat dikandung badan. Tiada apa yang diharapkan oleh seorang guru kepada anak didiknya selain mendoakan kejayaan mereka didunia dan akhirat.

Seorang ilmuwan boleh menghasilkan beberapa karya hebat TAPI seorang GURU boleh menghasilkan JUTAAN orang hebat. Semoga  ALLAH swt menyayangi kalian  lebih dari kasih sayangmu kepada anak muridmu.

Ini  sekadar gurauan, jangan ambil serius ye.. perkongsian dari sahabat2 dalam whatsapp (sapa yang karang boleh beritahu saya untuk saya letakkan nama anda :p)

  • Mak cakap CIKGU macam MAGGI , makanan rutin diwaktu susah
  • Ayah cakap CIKGU macam D SEEKERS, garang dan menakutkan
  • Atuk cakap CIKGU macam ASTRO , macam-macam ada
  • Tapi, aku cakap CIKGU macam LOREAL, kerana dirimu begitu BERHARGA
SELAMAT HARI GURU!!!JASAMU DIKENANG!!









No comments:

Post a Comment